Pages

Friday, August 23, 2013

Peribahasa !!!!!!

Lama tak blogging ... malas dan busy menjadi alasan...

Hari ni jari kembali menaip di sini dan tajuknya adalah  isu berkenaan translation dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain.

Issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi. 

Kita biasa dengar dan belajar di sekolah peribahasa ini " Harap kan pagar, pagar makan padi ". Terlintas dipikiran apa  kaitan pagar makan padi? then one more question ada ke sawah padi di pagar? mcm tidak ada jer kat bumi Malaysia ni...  hrmm its actually funny bila fikirkan pagar nak makan padi dan sawah ada pagar (kalau ada pagar dawai ke pagar kayu?) Kalau tikus ke serangga ke makan padi ada gak logik nya... So lepas mendapatkan khidmatan bantuan Mr. Google terjumpa satu info ni di satu blog. So sharing is caring, maka si pejungel  pun berkongsi lah ... 

The truth is , this quote  directly translated from jawi to rumi , instead of  Pegar ( ڤݢر ) in jawi translated to Pagar in rumi.
  
Its actually ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
Pagar = Fence
Pegar =  A bird species in English is called pheasant’
Makanan : Ia makan padi, daun muda, buah dan haiwan kecil



* Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’

*ayat di kidnap directly dari penulis blog terbabit. hahah sifat malas mengarang masih wujud dari diri.


Penulis blog  juga ada memberikan contoh keduanya berkenaan pepatah yg di ajar si sekolah " seperti melepaskan batuk di tangga" yang mebawa maksud  buat kerja separuh jalan.

Kenapa batuk? bukan bersin atau menguap atau emengelamun di tangga?

Info menarik , its actually  " Seperti melepaskan Batok di Tangga"

Apa itu Batok :

*Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

 * copy paste


                                                    Ini lah Batok


hrmmm awat lah tak diajar di sekolah, maknanya dan  kesalahan ini akan  terus menerus. Tak logik pagar nak makan padi, rasanya esok lusa ada gak murid tanya cikgu soalan ni, agak2 nganga tak cikgu BM nak jawab.. cara belajar di sekolah adalah  tgk, Hafal ,dan jawap jer soklan, tara ...